23 September 2011

Tak Sempurna , Tapi ...

Pernah ta kadang2 korang pikir yg korang ni ta secantik si A or si B ?
Pernah ta korang tgk cermin then cakap ' Hodohnya aku ! ' ?
Pernah ta korang rasa macam ta dapat terima dgn bentuk fizikal diri sendiri ?

Yeah , aku pernah semua tu . Sampai sekarang pun kadang2 aku still rasa macam tu . Bila nak kuar rumah , kadang2 rasa macam takda keyakinan diri nak jalan depan orang ramai . The truth is I have a stickout ears . Thats ugly , right ? Aku pernah rasa akulah manusia terhodoh dalam dunia ni .

Tapi lama kelamaan aku dapat terima dgn apa yg aku ada . Oke , tak la 100% , but still boleh . Aku dah set dalam fikiran aku , an imperfect can make me look sexy . Yes , thats the truth . Setiap ketidaksempurnaan yg kita ada ni akan membuatkan kita ni lebih menarik . So takkan kita nak buang kot benda tu ?

Cuba korang tgk Lady GaGa , cantik ke dia ? Bagi aku dya tak la cantik mana , tapi dya ta malu nak tonjolkan semua tu . Dengar je la lagu dya - Born This Way . Madonna ? Kalau korang perasan gigi depan dya jarang . Dengan duit yg dya ada , boleh je dya ubah gigi tu . Tapi dya tanak sebab dya rasa gigi dya sexy . Selebriti yg hari2 orang akan tgk pun sayang dengan ketidaksempurnaan diorang . So kita yg biasa ni perlu ke malu dgn semua tu ?

Aku menyeru pd semua kawan2 aku , terimalah diri kita seadanya . Ta perlu nak bersaing dgn org2 yg korang rasa perfect . Jadi diri sendiri . Korang dah ada macam tu , just do it ur way ! Ta perlu malu dgn apa yg kita ada . Sekian .

~ NA ~

Happy juz the way we are !

11 September 2011

A Hero ? Me ? Never !

Pernah kan orang cakap yang kita ni watak utama dalam kisah hidup kita sendiri . Well , bagi aku , aku ta pernah pikir macam tu . Aku ta pernah nak jadi hero walaupun dalam kisah hidup aku sendiri . Aku lagi selesa jadi watak pembantu , ta banyak masalah .

Aku adalah watak pembantu yang akan tolong kawan2 yang memerlukan bila diorang dalam masalah . Watak utama selalu bersinar kan ? For me , watak pembantu ada time untuk diorang menyinar . Tak selalu tapi ada waktu tertentu . Yeah , thats right .

Aku harap aku dapat tolong setiap watak utama yang muncul dalam kisah hidup aku . Aku harap diorang boleh anggap aku ni pembantu yang penting bagi diorang . Seluruh hidup aku cumalah untuk tolong mereka yang memerlukan dan aku puas kalau dapat buat diorang puas . Aku gak harap segala bantuan yang aku bagi dapat diorang hargai dan ingati .

Sekian .

~ NA ~

Naufal Aqli

06 September 2011

Jesse's Profile

This is Jesse !