Sistem dekat sini kira macam kita kena buat survey berapa ramai bangsa yang datang beli-belah kat pasaraya tu. Kalau dia xde kad Aneka,kena tekan la M (Malay) ,C (Cina), I (India) atau O (Others) .Dalam bab2 survey ni aku macam malas sikit nak buat secara tepat. Selalunya aku pakat tekan je.
Nak dijadikan cerita,satu hari tu ada sorang customer lelaki datang bayar kat aku. Dia ni sebenarnya berbangsa Cina,tapi aku tekan M. Cina ni selalu la jugak datang beli barang kat Aneka ni,so dia boleh tau la sistem kat situ. Disebabkan customer tak ramai,aku sempat gak berbual sikit dengan dia. Maka berlakulah perbualan seperti berikut:
CM-Customer Cina
NA-Aku
CM : Aiya,lengchai! (Huhu,dia panggil aku lengchai!) Wa cina ma..Apa pasal lu tekan wa jadi Melayu???
NA : Ala,benda ni bukan penting sangat pun!
CM : Wa ada nampak macam Melayu ka???
NA : U marah ka ni I tekan U jadi Melayu?
CM : Mana ada marah ma... Kalau wa betul2 Melayu wa lagi suka ma..
NA : Awat pulak U cakap macam tu?
CM : U tinggal berapa lama dah kat Malaysia ni?(Cina ni nak perli aku ni~)
NA : Umur I 18 tahun,jadi 18 tahun dah la kat Malaysia (Aku jawab dengan loyar buruk) CM : Habis tu takkan tak tau lagi kot hak2 special orang Melayu kat Malaysia ni?! (sekali masuk bab negara la pulak.....)
NA : Tau2.. Saja buat2 tak tau. Nak test U saja ma.. Erm I nak tanya 1 soalan lagi,kalau U jadi Melayu,apa U boleh buat?
CM : Aiya,lengchai! (Sekali lagi lengchai! Haha~) Soalan tak logik. Malaysia ni asalnya nama Tanah Melayu. Lu mesti tau punya benda ni. Wa boleh jajah Malaysia ni sesuka hati wa ma.. Tapi orang Melayu sekarang manyak bodoh ma..Selalu mau ambik mudah saja! Benda yang susah semua mau lepas tangan. Sama bangsa pun mau cari gaduh! Kalau orang Melayu betul2 tau hak depa,mesti tak dak sapa berani lawan.
NA : Ok2,ada customer beratur dah tu. Nanti kita sembang lain ek? (sebenarnya aku malas dah nak dengar hujah dia)
CM : Tu pun kalau I datang lagi la
NA : Thank you!
So berdasarkan apa yang aku dan CM tu sembang,apa yang korang dapat pikirkan?
Point aku sebenarnya nak cakap yang kita semua orang Melayu patut sedar dengan hak istimewa kita. Ni kalau Cina sendiri pun ada yang nak dilahirkan sebagai Melayu,patut kita boleh sedar. Jangan biar bangsa lain kawal segala2nya. Aku tengok sekarang ni kebanyakan kedai2 yang top managernya adalah orang Cina. So orang Melayu kenalah berusaha lebih & jangan asyik nak gaduh je!
Aku akhiri entri ni dengan wasiat Raja Tanah Melayu yang aku petik dari blog ni.
- Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu. (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu, dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik, dan hutan simpan. Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami, serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
- Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
- Kami tetapkan bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewaorang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak) -> rujuk Perkara 153 di bawah.
Hak istimewa orang Melayu
-Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
sedikit sebanyak ade betul jugak cina tu
BalasPadamThe Chinese is right.We suppose to know our rights and advantages. Jangan angkt kepala, terus dibenci, huru hara semua; jagan ditunduk kepala dipijak... Kekalkan keharmonian rakyat.
BalasPadamKalu bleh ak nk spend mase ngan Chinese guy tu. Lean kali kalu jumpa ngan ye kate Dean kirim salam perkenalan. (Sbb ak suka kawan dgn byk bangsa especially chinese. FYI ak mixblood Melanau+Melayu)
Check out my latest blogpost on my sexual orientation controversy at
www.expergiscendi.blogspot.com
new visitor..
BalasPadamterjumpa ur blog..yup, betul ckap
dat chinese man..huhuu..
Malays should realise that~
msti kena bersatu! ;)
peace