31 Disember 2010

Bye 2010 , Hye 2011 (Entri Skema)

Busy - sibuk - bz~! Tu je yang boleh aku sebut sepanjang minggu ni menyebabkan aku tak dapat nak update blog aku yang kureng ni. Tapi disebabkan 2010 dah nak berakhir,aku gagahkan diri jugak untuk tulis entri terbaru walaupun dalam otak lansung takde idea nak tulis apa~!

Entri ini penuh dengan ayat skema. Jadi kepada mereka yang asyik temuntah apabila membaca ayat2 skema sila jauhkan diri anda dari entri ini atau suruhlah rakan anda membacakan entri ini dengan loghat negeri masing2 kepada anda~





Jadi kat sini aku nak tulis senarai azam tahun baru aku yang mungkin akan tercapai. LOL

Tak nak tinggal solat
Hm,aku memang tak pernah lupa nak solat. Sesuatu yang penting dan wajib dalam kehidupan seharian kita. Cuma kadang2 dalam keadaan yang tak menentu membuatkan aku jadi terlupa nak solat. Tapi aku qadha. So,aku harap tahun depan takde lagi qadha2 solat.

Teruskan update + improve blog ini
FYI,lepas ni aku takkan update lagi pasal gay , lessy or bi. Lepas ni blog ni akan di-updatekan dengan kisah2 mengenai aku sahaja. Jadi sesiapa yang tak suka aku bolehlah terus keluar dari blog ini dan tak payah nak maki2 aku lagi. Tapi jangan bimbang,aku akan adakan sebuah blog lagi (akan di private kan) khas utk benda2 tu. Lalala~

Fokus terhadap pembelajaran
Yup,mulai 1 JANUARI 2011,aku akan mula belajar balik. Lepas setahun aku dok enjoy tak tentu hala,sekarang masa untuk masuk kelas balik~! Alahai,malasnya nak ber-orientasi! Haha~

I wanna learn piano!
Aku teringin sangat nak blaja main piano tapi  langsung tak dapat merasa. Nak pegang pun tak dapat. Cuma piano mainan jalah tempat aku melepaskan keinginan aku ni. Uhuk~

Projecting my voice
Pada mereka yang tak tahu,aku mempunyai suara yang boleh dikatakan slow. Ye la,skali cakap mesti akan di balas dengan "Ha??!" atau "Apa?!" atau "Repeat please?" atau whatever.. Geramnya aku.. Aku rasa macam dah jerit kat dia tapi masih dia tak dengar. So aku harap aku dapat improve-kan suara aku.

~TaMmAt~

Sebenarnya banyak lagi azam aku untuk tahun depan. Cuma yang ini jelah yang dapat dipikirkan buat masa sekarang. So apa azam tahun baru korang? Aku harap azam kita semua dapat tercapai dengan segala usaha yang kita berikan.

Aku akhiri entri ni dengan sebuah video cool + cute dari game Plants Vs Zombies


SONG    : ZOMBIES ON YOUR LAWN
SINGER : LAURA SHIGIHARA



Download MP3 : 4shared

3 ulasan:

  1. Happy new year to u. Wish u a best 2011. Gud luck on ur resolutions.

    BalasPadam