04 Julai 2011

Buah2 di Utara ~

P / S : Entri ini adalah ditulis dalam loghat utara .

Aku sebenaqnya dapat idea nak tuleh natang ni bila aku tanya kawan2 aku , " Hampa penah makan dak buah setoi ? " . Teruih depa buat muka macam ayam beghak keluaq teloq . Jadi haghi ni dan kali ni aku nak tuleh sikit buah2 yang banyak ada kat utagha ja . Kigha macam utagha spesyel thing la ... Tapi hampa jangan dok tanya na pasai pa buah2 ni nama dia gutu atau yang sewaktu dengan dia .



Ini bukan makan buah ea , ni makan dessert kat Pizza Hut .

1 - Buah Setoi
Sebelum kupas

Selepas kupas

Hampa tau ka buah ni camna ? Aku dulu masa kecik2 suka sangat makan buat ni cecah gagham belacan . Fuhhh! Ingat lagi tok aku ghajen dok bagi aku makan buah setoi ni . Rasa dia masam gila2 . Tapi buah ni sedap dia tang biji dia tu , yang kaler putih tu . Rasa dia masam2 manis .

2 - Buah Kote


Terutamanya buah ni , jangan tanya aku mana dia dapat nama ok . Aku pun sebenaqnya tak penah makan buah ni . Bau dia , YA ALLAH ! Busuk gila babeng ! Kawan aku pernah makan , dia kata rasa buah ni manis2 + kelat . So hampa semua try la rasa ye ! Aku tak lalu nak makan !

3 - Buah Tampoi


Buah ni aku tengok banyak kat Siam . Ayah aku selalu pi sana so dia selalu gak beli buah ni . Tapi tu dulu masa aku kecik2 dulu la . Dah lama aku tak makan buah ni . Rindunya ! Rasa dia masam manis gak . Buah kegemaran aku waktu aku kecik lepas buah setoi . Tapi la ni pun suka lagi tau !

4 - Buah Nam Nam


Atau nama lain buah ni , Buah Katak Puru . Buah ni aku dapat makan kat kampong aku kat Perlis ja . Payah nak jumpak buah ni sekarang . Rasa dia manis2 kelat dan takdak bau . Sedap kalau makan cecah garam .

5 - Buah Keriang Dot


Buah ni nama lain dia Buah Mata Itik . Aku tak berapa suka sangat buah ni sebab rasa dia macam pahit2 sikit tapi manis . Dan dia boleh buat mulut + gigi sapa yang makan jadi kaler ungu .

6 - Buah Jentik


Buah yang kalau nak makan kena jentik kulit dia baru terbukak . Kalau picit buah ni kuat2 nanti isi dia termeletup sama , sebab tu kena jentik . Buah ni kalau makan satu pokok pun tak boleh kenyang . Rasa dia masam sangat2 , kadang2 manis . Ikut kualiti gak la . Dulu2 masa on the way nak balik kampung , ayah aku selalu berenti tepi jalan beli buah ni ( time musim dia laaa ) . Makan atas kreta sampai tertidoq ! Lagi satu , buah ni boleh ganti popcorn tau ! Cuba makan sambil tengok movie , mesti rasa macam " Eh ? Dah habeh ? " Haha !

7 - Buah Mata Itik


Buah ni la yang aku silap dengan keriang dot tu . Rasa dia pun lebih kurang je dengan keriang dot , kelat2 sikit . Cuma bentuk dia ja beza . Buah ni aku jumpak dekat kampung tok aku dekat Perlis .

Ni ja kot aku rasa . Kalau sapa2 orang utara baca entri ni dan rasa ada lagi buah yang nak kena tambah , tuleh kat komen na... Haha .Lastly , datanglah rasa buah2an ni kat utara !

Info tambahan : 
Sapa kata bahasa Kedah , Perlis + Penang sama ?
- Bahasa Perlis lagi pekat dari Penang + Kedah . Contoh : Kasut , depa sebut ' Kasuit ' .
- Bahasa Penang lagi meleret2 + bernada dari Kedah + Perlis . Cuba tengok cerita2 anak mami , dengaq cara depa cakap atau mostly gosip .
- Bahasa Kedah macam besa kita dengaq , tak pekat sangat macam Perlis + tak meleret sangat macam Penang .

Ok , ADIOS !

~ NA ~

6 ulasan:

  1. buah jentik tu buah rambai kan ?

    jalan2 sini n follow =D

    BalasPadam
  2. @zharif azis : bukan la , jauh bezanya , cuma rasa je sama , masam !

    BalasPadam
  3. ~bukan ke buah mata itik n buah keriang dot 2 buah yg berbeza??

    BalasPadam
  4. @NF :
    eh , lain ek ? sori silap ! kesilapan akan diperbetulkan !

    BalasPadam
  5. loghat kedah mmg terbaeklah...hehe...buah ciku oqg kdah pggil buah 'sawa'...sempoi gila..=)

    BalasPadam
  6. @khazinatul asrar :
    yeah , were cool ! haha ~

    BalasPadam