Ada beberapa sebab aku ta balik kampung raya taun ni . aku benci kampung . kenapa aku benci kampung ? oh wait . aku ta 'benci' , cuma ta suka . 'benci' is a strong word to describe that . actually aku ta suka mulut orang2 kampung . biasalah suka kepoh hal orang lain kan . aku jugak ta berapa selesa tinggal kat rumah kayu . bukan apa , dari kecik ta pernah duduk lama2 dalam rumah kampung . pernah memang pernah , tapi cuma dalam 2,3 hari camtu je . dan untuk pengetahuan korang , aku ada satu fobia . ta boleh tengok penjuru dinding yang kotor . sebab bila aku tengok , aku akan terbayang something yang disgusting . ta perlu kot na cerita benda tu . selalunya kat kampung2 ni penjuru rumah diorang mesti kotor . so aku ta boleh na tengok benda tu .
kalau raya kan , mesti akan ada kewujudan mercun kan ? aku pelik gak , masa ta raya kenapa ta banyak bunyi mercun ea ? memang kilang2 mercun proses masa na dekat2 raya je ke ? cakap pasal mercun . aku tawu benda tu bahaya . tapi aku pun main jugak masa kecik2 dulu . aku suka main mercun ketupat . sebab dya nampak macam sedap ! hee . dan bunyinya lagi kuat dari mercun bola . tapi sekarang dah macam ta nampak kewujudan dya . aku gak suka mercun bunga . menarikk sangat . pun susah na dapat sekarang . yang paling senang na dapat ? of course la mercun bawang aka mercun poppop . kewl right ? haha .
actually , the best part of raya bagi aku bila pegi ziarah kubur . aku rindu tokwan belah mak aku . raya taun ni ta sempat na ziarah kubur dya . semoga dya tenang di alam sana .
okay , setakat ni ja kot update aku dulu . sedih plak teringat kat arwah tokwan . okay guys ! selamat hari raya , maaf zahir dan baten ! adios ~
Selamat Hari Raya dari aku dan sekeluarga !
Salam Syawal. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ada ganjaran untuk pemenang. Harap sudi la sertai kami :)
BalasPadam