23 November 2010

Keseronokan & Ke-hampeh-an Bekerja sebagai Cashier

" Best ke kerja jadi cashier ni? "
" Apa yang best? "
" Masyuk ke? "
Soalan2 ni la yang aku asyik dengar dari kawan2 & adik-beradik aku bila aku kata aku karja cashier buat sementara waktu sebelum sambung pengajian. Aku akui,memang tak berapa masyuk,tapi ok la bagi orang nak kerja sementara,bukan kerja tetap!

Kerja cashier ni ada yang bestnya dan ada yang tak bestnya. Nak tau? Baca lagi~







APA YANG BEST :

1- Dapat pegang duit banyak
Hahaha,part ni biasa je sebab bagi korang yang tak pernah sentuh duit2 besar dalam jumlah yang banyak,bolehla merasa sikit walaupun bukan duit sendiri!

2- Meningkatkan kemahiran matematik
Sesetengah kedai (yang cikai nak mati!) guna kaedah manual untuk mengira jumlah harga barang. Bolehla buat praktikal matematik!

3- Dapat tengok / jumpa berbagai2 karenah pelanggan
Yang ni part aku paling suka. Selama 5 bulan aku kerja sebagai cashier ni dah macam2 perangai customer aku jumpa. Dari orang gila sampai la yang fussy giler! Masa yang layan orang gila tu aku jadi ketar gila sebab memang dari kecik aku trauma tengok orang gila. Pengalaman bergaduh dengan customer pun banyak gak,huhu~

4- Dapat usha awek/balak cun!
Best2! Aku paling suka tengok amoi cun pakai baju kurung. Fuhh!

5- Dapat melatih diri dalam pelbagai bab
Macam aku,dulu2 boleh dikatakan agak segan sikit bila bab nak cakap dengan orang yang tak kenal. Tapi sekarang ni aku dah jadi selamba badak je bila nak tegur2 orang ni. Boleh gak latih diri jadi lebih sabar,petah bercakap,tangan jadi laju dan banyak lagi~


APA YANG HAMPEH  :



1- Penat!
Tambah2 time ada sale,dari pagi sampai ke malam langsung tak sempat nak duduk. Masa nak duduk pun time rehat je,tu pun kalau sempat nak keluar. Gila penat! Nak solat pun kena panggil orang ganti jap.

2- Customer mulut laser
Yang ni paling aku tak suka. Mulut sedap2 dia je nak maki2 orang. Dia tak tau kata kita ni letih,so sekadar senyum dah memadai la. Yang dia dok marah2 sebab tak ramah! So kena tahan sikit la. Aku selalu kalah bila customer sebut "CUSTOMER ALWAYS RIGHT". Sapa ntah mula cipta ayat tu?

3- Cusomer cerewet
Lagi2 hal customer. Barang silap masuk plastik pun nak marah. Pernah sekali aku terbubuh ubat gigi dalam plastik yang aku bubuh barangan makanan basah. Customer ni punya la marah,tapi aku diam je. Dalam hati aku macam, "Tak mati pun la kalau ko tertelan ubat gigi tu!!!"

4- Kes hilang duit/kecurian
Pernah sekali ada kes pelanggan Arab pukau cashier! Bukan sorang,tapi sampai 3 cashier kena dalam masa yang sama! Kesian diorang,duit hilang kena ganti. Bukan sikit,banyak tu..Terus diorang berhenti kerja lepas tu.

5- Kena ganti duit yang hilang atau lebih
Kadang2 kita ni jenis cuai. Kalau jumlah duit kurang atau lebih dari kaunter kita tu,kita kena la ganti dengan gaji kita dipotong! Tak bestnya! Kurang potong,lebih pun potong!

So itulah kelebihan dan kelemahan. Jadi korang yang nak kerja jadi juruwang tu,fikirlah masak2 dulu ye~

7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. 'CUSTOMER ALWAYS RIGHT'??Aku p0wn bengang gler gabang ngan saperk yg cpta ayat tue!!!ALWAYS RIGHT lah sgt!!bleh blah r..

    BalasPadam
  3. ermm
    ada hujah ke boleh lawan balik???

    BalasPadam
  4. hmm... dapat membantu. Kita akan mula kerja sebagai cashier esok. nervous jugak la sebab before this tak pernah pengalaman bekerja langsung. setakat jadi cashier gerai sarapan mak ada la... hehe ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. glad to know that im helping . gutlak ! ;D

      Padam
  5. memang dah adat pekerjaan mcm 2..sy dlu pon mcm awk gak..mcm2 dh sy lalui awk..yg penting cuma sabar je la..

    BalasPadam
  6. esok baru nk start keje jdi cashier , bab gaji mmg best tp bab bila kurang . . duit kita yg lesap . hahaaa . hope esok brjalan dgn lancar

    BalasPadam