17 April 2012

I Dont Care , But ..

Aku tawu , ramai yg selalu cakap yg diorang ta kesah , or ada aku kesah , or peduli apa aku , or apa2 je yg bermaksud macam tu . But the truth is , berapa ramai yg cakap n betul2 maksudkan macam tu ? Aku rasa ta ramai . Sebab bila kita mula cakap buruk pasal dya sikit , mula na marah . Mula na sedih . Mula na hilang keyakinan diri .

Aku sangat benci tgk orang yg cakap macam ni . Bila diorang cakap diorang ta kesah apa org na cakap , tapi cakap ta serupa bikin . Aku sendiri pun masih dalam proses na belajar benda ni , but aku akan bg tips utk korang betul2 ta amik peduli apa orang na cakap pasal kita .

Ke$ha taught me to not care what everyone else say , thats y i love her so much .

10 April 2012

Kisah Seorang Yang Gagal

Aku cemburu tgk kawan2 n sedara mara aku . Dapat penuhi impian diorg . Dapat jadi apa yg diorg nak . Dapat jadi anak yg boleh membanggakan parents . Walaupun aku tumpang gembira dgn kejayaan diorg , aku mengaku aku terluka .

Tengok diorang bahagia , aku pun boleh jadi gembira utk diorang . Tapi untuk aku ? Ada ke orang yg akan bahagia utk aku ? Sebab selama ni aku asyik gagal je . Everybody loves a winner so nobody loves me . Kawan utk have fun mmg ramai , tapi kawan yg dapat hulurkan tangan masa aku jatuh ? Setakat ni aku ta jumpa lagi .

Aku sekarang belajar dalam diploma farmasi . Dah 4 semestar dah . Aku sendiri sebenarnya takda minat langsung dalam bidang ni . Dulu aku pilih bidang ni hanyalah utk na impress ayah aku . Ayah aku seorang ahli farmasi . Aku cuba utk jadi anak yg dibanggakan . Aku pegang kata2 ayah aku , minat boleh ditanam semasa kita cuba mempelajarinya . Tapi aku gagal . Aku dah cuba utk tanam minat tapi aku dah ta boleh lagi . Maaf abah sebab buat abah kecewa sekali lagi .

Ramai orang cakap yg farmasi boleh jamin gaji tinggi . But the truth is aku langsung ta kisah pasal gaji . Aku ta kisah kalau hidup aku nanti ta senang . Apa yg aku na adalah kepuasan . Kepuasan bekerja . Bila kita dapat lakukan sesuatu dgn penuh minat , kita akan dapat kepuasan yg aku maksudkan walaupun kita gagal .

Music and writing is my passion . Tapi aku ta pernah berpeluang na bagitau parents aku . Sebab aku dah tawu apa jawapan yg diorang akan bagi . Diorang akan cakap benda tu mengarut , ta menjamin masa depan . Lagipun aku ta pernah berpeluang na kemukakan pendapat sendiri pasal hidup aku sendiri . Asyik ikut telunjuk diorang .

Nobody ever listen to me . Even my bestfriends , ta pernah na sokong minat aku . Walaupun aku dah cakap aku langsung takda minat dlm farmasi , tapi nasihat diorang tetap mcm ayah aku . Cakap kita boleh tanam minat bla3 ... Thats why aku ta anggap diorang sbg BESTFRIEND , diorang adalah GOODFRIEND . Ada banyak perbezaan antara dua tu .

Selama ni asyik aku je dengar diorang . Apa yg aku na diorang ta penah na amik perhatian , amik serius . I feel like im a clown for them . Maybe sesetengah kawan aku dengar , but dari lirikan mata diorang , sgt jelas nampak diorg memperlekehkan aku , suruh aku give up dgn impian aku . Langsung ta penah support . Apa yg diorang cakap , go on with pharmacy , something yg aku dah give up .

Yup , setiap hari aku bisikkan dalam hati aku . Aku datang utk menang . Setiap hari aku cuba tipu diri sendiri dgn ayat tu . Tapi aku dah ta boleh , sebab semua ni bukan impian aku . Aku dekat sini sgt2 na mintak maaf dkt kawan2 aku semua dan parents aku . Maaf , aku dah ta boleh teruskan . Hidup dalam penipuan . Aku tanak jadi seorang yg gagal di masa depan , ta dapat gapai impian sendiri .

Sekian . Terima kasih sudi meluangkan masa membaca kisah seorang yg gagal .

08 April 2012

Aku Faham Perasaan Kau ...

Tajuk yg agak kurang difahami . But itu je yg aku dpt fikirkan buat masa ni . Aku ta suka bila dengar ada orang cakap macam ni . Walaupun parent aku sendiri . I mean , na cakap yg diorang penah lalui benda yg sama , dapat rasa apa yg kita rasa . But please ! Takkan ada orang penah faham perasaan sebenar kita . Sebab diorang takkan penah boleh replace tempat kita .

Bila ada orang sedih , cara paling bodoh utk pujuk adalah dgn cakap macam tu . Masa orang tu tgah sedih , tunjuk la sikit rasa kesian kat dya , amik tawu pasal dya . Sebab dya yg tengah sedih , bukan org yg nak pujuk . Ni tetiba datang cakap dya penah rasa something like that , lepas tu cakap2 plak macam dya sgt hebat sebab dah boleh lalui benda tu . Hello , takde sapa tanya oke ! Sepatutnya org yg sedih tu la yg dapat perhatian , perlu ditanya pasal diri dya , bukannya tetiba na cerita pasal kisah hidup sendiri .

Such a bullshit ! Takkan ada sapa2 bole faham apa yg kita rasa . Macamana kita hidup . Apa perasaan jadi diri kita . Kemampuan kita dalam sesuatu perkara . Betapa yakinnya kita . Takda manusia yg sama dalam muka bumi ni walaupun kembar .

Point aku kat sini , aku cuma na cakap aku benci bila ada orang yg cakap kita sama dgn dya . Please , takda sapa na jadi sama dgn sapa2 . Kita unik dgn cara kita sendiri . Ta perlu na bandingkan kita dgn orang lain . Dan bila bercakap , sila jangan buat macam betul2 amik peduli . Sebab sebenarnya tidak !

Sekian .