Memaparkan catatan dengan label naufal aqli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label naufal aqli. Papar semua catatan

10 April 2012

Kisah Seorang Yang Gagal

Aku cemburu tgk kawan2 n sedara mara aku . Dapat penuhi impian diorg . Dapat jadi apa yg diorg nak . Dapat jadi anak yg boleh membanggakan parents . Walaupun aku tumpang gembira dgn kejayaan diorg , aku mengaku aku terluka .

Tengok diorang bahagia , aku pun boleh jadi gembira utk diorang . Tapi untuk aku ? Ada ke orang yg akan bahagia utk aku ? Sebab selama ni aku asyik gagal je . Everybody loves a winner so nobody loves me . Kawan utk have fun mmg ramai , tapi kawan yg dapat hulurkan tangan masa aku jatuh ? Setakat ni aku ta jumpa lagi .

Aku sekarang belajar dalam diploma farmasi . Dah 4 semestar dah . Aku sendiri sebenarnya takda minat langsung dalam bidang ni . Dulu aku pilih bidang ni hanyalah utk na impress ayah aku . Ayah aku seorang ahli farmasi . Aku cuba utk jadi anak yg dibanggakan . Aku pegang kata2 ayah aku , minat boleh ditanam semasa kita cuba mempelajarinya . Tapi aku gagal . Aku dah cuba utk tanam minat tapi aku dah ta boleh lagi . Maaf abah sebab buat abah kecewa sekali lagi .

Ramai orang cakap yg farmasi boleh jamin gaji tinggi . But the truth is aku langsung ta kisah pasal gaji . Aku ta kisah kalau hidup aku nanti ta senang . Apa yg aku na adalah kepuasan . Kepuasan bekerja . Bila kita dapat lakukan sesuatu dgn penuh minat , kita akan dapat kepuasan yg aku maksudkan walaupun kita gagal .

Music and writing is my passion . Tapi aku ta pernah berpeluang na bagitau parents aku . Sebab aku dah tawu apa jawapan yg diorang akan bagi . Diorang akan cakap benda tu mengarut , ta menjamin masa depan . Lagipun aku ta pernah berpeluang na kemukakan pendapat sendiri pasal hidup aku sendiri . Asyik ikut telunjuk diorang .

Nobody ever listen to me . Even my bestfriends , ta pernah na sokong minat aku . Walaupun aku dah cakap aku langsung takda minat dlm farmasi , tapi nasihat diorang tetap mcm ayah aku . Cakap kita boleh tanam minat bla3 ... Thats why aku ta anggap diorang sbg BESTFRIEND , diorang adalah GOODFRIEND . Ada banyak perbezaan antara dua tu .

Selama ni asyik aku je dengar diorang . Apa yg aku na diorang ta penah na amik perhatian , amik serius . I feel like im a clown for them . Maybe sesetengah kawan aku dengar , but dari lirikan mata diorang , sgt jelas nampak diorg memperlekehkan aku , suruh aku give up dgn impian aku . Langsung ta penah support . Apa yg diorang cakap , go on with pharmacy , something yg aku dah give up .

Yup , setiap hari aku bisikkan dalam hati aku . Aku datang utk menang . Setiap hari aku cuba tipu diri sendiri dgn ayat tu . Tapi aku dah ta boleh , sebab semua ni bukan impian aku . Aku dekat sini sgt2 na mintak maaf dkt kawan2 aku semua dan parents aku . Maaf , aku dah ta boleh teruskan . Hidup dalam penipuan . Aku tanak jadi seorang yg gagal di masa depan , ta dapat gapai impian sendiri .

Sekian . Terima kasih sudi meluangkan masa membaca kisah seorang yg gagal .

17 Mac 2012

Kenapa Aku Tak Suka Budak2 ?

Kalau korang pernah baca status2 aku kat fb sebelum2 ni , maybe korang akan perasan kot yg aku penah cakap aku ta suka budak kecik , terutamanya budak2 yg nakal . Oke , sebenarnya aku bukan ta suka . Benci pun bukan . Pengakuan jujur , sebenarnya aku fobia dgn kanak2 . Bukan fobia yg teruk ea , cuma bila nampak kanak2 ja aku jantung aku akan berdegup kencang . Tangan aku akan menggeletar sikit . Aku akan hilang fokus .

Sebab ? Ada kisah masa aku umur 4-5 taun camtu la . Masa tu kira2 pukul 2-3 pagi . Aku pegi tgk tv sorang2 . Bukak2 tv korang tau keluar cerita apa ? CHARLIE CHAPLIN / CC ! ( Yup , aku jugak takut dgn CC ) Apa kaitan CC plak dgn budak2 kan ? Kalau korang na tgk rupa CC , search sendiri ea , sbb aku tanak tgk !

Well , CC kan pendek ala2 budak2 sikit . So malam tu aku tgk CC yg pendek , bergerak2 macam orang cacat , dgn misai seketul tu , dgn gambar hitam putih lagi membuatkan bulu roma aku meremang tiba2 . Terus apa yg aku tgk malam tu ingat sampai sekarang . Aku sendiri tak tawu knp aku boleh rasa seram dgn tgk benda tu . Malam tu aku tgk cerita tu ta berjegil mata , bukan sebab best ke apa , tapi aku ta boleh bergerak secara tiba2 . Kira macam aku paralyzed seketika . Sampai la mak aku kot datang tutup tv suruh masuk tido balik .

Aku ta bole tido malam tu . Aku asyik tengok tingkap je . Sebab dlm tv masa tu ada scene CC masuk ikut tingkap . Then bila aku tertido , aku termimpi pulak CC dtg dekat aku , cuba cekik aku . Then dya cuba na hempapkan batu besar atas aku . Masa tu aku budak2 lagi kot , mmg aku takut gila !

So punca aku takut dgn budak2 dtg dari CC . Salahkan dya ! :p . But sekarang ni aku rasa aku dah boleh lawan sikit perasaan takut tu . But still ada lagi , member2 aku yg rapat tawu apa reaksi aku kalau ada budak kecik berdekatan aku . Haha .

Oke la , harap korang ta pikir yg bukan2 sebab aku ta suka budak2 . Aku just trauma ! One day aku akan ada anak jugak kan , so aku akan usahakan kikis perasaan takut tu . Thx for reading . Adios .

Ingat na letak pic aku masa kecik , tapi malas pulak na selongkar album lama . So aku letak muka 'marah' supaya budak2 takut dgn aku . lolololol

03 Mac 2012

Pelikkah Zaman Kanak2 Aku ?

Aku sendiri pun tatau camna na describe perangai aku masa kecik2 dulu . I was like , betul ke aku penah buat semua ni ? Bila pikir balik , kadang2 aku sendiri pun rasa aku ni pelik . But as a kid , sometimes kita sendiri tatau apa yg kita buat tu betul ke tak , kan ? :p


29 Februari 2012

1st Time Buat Ubat Sendiri !

Err tajuk yg agak gedik . Plus maybe someone akan cakap nobody care . Since this is my blog , so i can post anything i want oke ? Hehe .

Balik pada tajuk utama tu , setelah 3 sem bergelar pelajar farmasi , utk sem ke 4 ni , hari ni merupakan kali pertamanya aku mula belajar buat ubat . Kami buat Paracetamol Suspension . Kalau korang na tau apa benda tu , ni la bentuk sebenar ubat tu :



Gambar tu lepas dikilangkan + dipasarkan , so aku buat isi dalam je , bukan sekali dgn botol ni semua sekali gus . Gambar sekadar menunjukkan ubat apa yg aku buat je :p

28 Mei 2011

Final Exam Dah Tamat !

Giler sial line lembab nak mamposss ! Opsss , termula entri macam ni plak .. Maaf ! (-_-")

Finally final exam aku dah habes . Yeayy ~ Tapi tak boleh nak hepi sangat sebab cuti kejap jer .. Eh , tapi duit pinjaman MARA aku dah nak dapat . YEAYY!!! Shopping lagi !!! Haha !

Btw , hari aku balik ni kolej aku da amik budak2 baru , Intake untuk bulan Jun 2011 . I hope some of them are CUTIES~! LOL

Anyway , bila exam dah habis ni , lega sikit . Next update , aku nak tulis entri pasal fesyen polka dot . Apa polka dot ? Ala , tak kan tak tau kot ? Kan trend sekarang ni... Tunggu ye ~

Hah , 1 lagi . Aku nak tanya sikit . Ermm cuba tengok ni :





Ok , ni senarai kawan2 aku muncul bila aku klik PROFILE . Apa yang aku nak tanya , macamana FB boleh display diorang ni ? FB memang pandai , boleh tau orang yang aku kenal & tak kenal . Orang yang aku kenal selalu naik kat sini . Tapi yang aku hairan , Darius Muhammad + Tiada Yang Setia tu . Padahal aku tak pernah chat dengan dia pun . Yang lain2 pun kurang chat , tapi aku kenal dalam dunia realiti . Darius + TYS tu aku tak kenal pun . Adakah ini maknanya dia selalu usha profile aku ? Or what ? Haha , bukan aku tak suka , just bertanya je . Someone please jawab ~ Ok , ADIOS!


~ NA ~

16 Mac 2011

Aku Gembira Bila ...

Gembira ? Yeaaaay~ Wah , over la pulak ! Korang hepi tak ari ni ? Harap2 hepi like crazy la ok ! Apa yang membuatkan korang hepi ?

Ini bukan hepi , ni gedix !

04 Mac 2011

Some Things U Should Know About Me

' Get to know me if u wanna know the real me! '
Kata2 yang aku petik dari kawan aku,Izan. LOL. Kalau korang nak kenal aku,silalah terus membaca~
Btw , aku tak paksa korang untuk follow blog aku tau . Kalau korang nak update dari blog aku , follow je . Bila korang dah follow , aku akan bukak blog korang dan kalau aku rasa menarik , aku follow balik ok~