05 Disember 2012

What I Scared The Most ?

Or dalam BM , apa yang paling aku takut ? Dah lama ta buat entri macam ni . Sebelum ni buat entri pasal sebab aku hepi n marah , kali ni pasal benda or perkara yang paling aku takut .

Bunga apakah ini ?

03 Disember 2012

My Super Boring Life

1st of all , korang dah baca tajuk entri ni kan . So semestinya entri ni sgt memboringkan . So sila sediakan bantal semasa membaca . Mana tawu , takut tertido pulak kan .


23 Oktober 2012

The Worst Feeling Is When ...

Ever got the worst feeling ? mesti penah kan . 'worst' yang aku maksudkan kat sini adalah bila kita rasa sedih dan down sangat . so this is all the feelings that i've gone through . aku rasa maybe kalau korang penah lalui semua ni , pasti dapat rasa apa yg aku rasa . yeah , it kinda sound like a loser sometimes .


26 September 2012

K$ is BACK !

Finally setelah lama menanti , she's back ! This is a very simple entry , sebab aku terlalu excited pasal benda ni , aku memaksa diri aku utk meng-update pasal benda ni . hee .

Her latest single , called 'Die Young' out in 25/9 . Click HERE !!!

This is the single cover :


21 Ogos 2012

Rayakah Aku ?

Raya taun ni macam kureng sikit sengatnya . sebab aku ta balik kampung jumpa sedara mara macam dulu . aku dapat sikit duit raya . jangan cakap aku dah besar okay . prinsip aku , selagi orang tu ta berkerja tetap , dya still bole dapat duit raya . dan paling aku benci bila aku na pegi beraya rumah kawan2 , diorang ta kasi . sebab ? ntah la . call pun ta berangkat . pedulikan jelah . macam la aku teringin sangat na pegi kan . bitch please .

Ada beberapa sebab aku ta balik kampung raya taun ni . aku benci kampung . kenapa aku benci kampung ? oh wait . aku ta 'benci' , cuma ta suka . 'benci' is a strong word to describe that . actually aku ta suka mulut orang2 kampung . biasalah suka kepoh hal orang lain kan . aku jugak ta berapa selesa tinggal kat rumah kayu . bukan apa , dari kecik ta pernah duduk lama2 dalam rumah kampung . pernah memang pernah , tapi cuma dalam 2,3 hari camtu je . dan untuk pengetahuan korang , aku ada satu fobia . ta boleh tengok penjuru dinding yang kotor . sebab bila aku tengok , aku akan terbayang something yang disgusting . ta perlu kot na cerita benda tu . selalunya kat kampung2 ni penjuru rumah diorang mesti kotor . so aku ta boleh na tengok benda tu .

kalau raya kan , mesti akan ada kewujudan mercun kan ? aku pelik gak , masa ta raya kenapa ta banyak bunyi mercun ea ? memang kilang2 mercun proses masa na dekat2 raya je ke ? cakap pasal mercun . aku tawu benda tu bahaya . tapi aku pun main jugak masa kecik2 dulu . aku suka main mercun ketupat . sebab dya nampak macam sedap ! hee . dan bunyinya lagi kuat dari mercun bola . tapi sekarang dah macam ta nampak kewujudan dya . aku gak suka mercun bunga . menarikk sangat . pun susah na dapat sekarang . yang paling senang na dapat ? of course la mercun bawang aka mercun poppop . kewl right ? haha .

actually , the best part of raya bagi aku bila pegi ziarah kubur . aku rindu tokwan belah mak aku . raya taun ni ta sempat na ziarah kubur dya . semoga dya tenang di alam sana .

okay , setakat ni ja kot update aku dulu . sedih plak teringat kat arwah tokwan . okay guys ! selamat hari raya , maaf zahir dan baten ! adios ~

Selamat Hari Raya dari aku dan sekeluarga !

19 Julai 2012

Stupid Me

Why i always let myself fall for someone that i shouldnt be ? tetap bagi harapan dalam hati walaupun aku tawu ia takkan berlaku . oh heart, please stop doing that . You're just hurting yourself . i hate myself for this . bye .

23 Jun 2012

Blood .

Semalam aku gi derma darah . Actually tu 1st time aku derma . Sebab kawan2 aku cakap lepas diorang derma , berat badan diorang bertambah . So aku yang kurus keding ni nak la cuba . sebab dah lama aku na naikkan berat badan , tapi metabolisma aku terlalu tinggi . cepat je berat turun .

Kira2 dalam bulan lepas la kot , aku pakai suar skinny sampai tercabut butang dya . aku punya la hepi sebab berat badan da naik . tapi lepas 2,3 hari camtu , berat badan aku normal balik . 50kg . cepatkan ? aku makan banyak pun berat aku ta naik langsung . dlm 0.5 kg adela kot . tapi tu pun kejap je .

So cubaan pertama aku menderma darah , mula2 mmg rasa takut sebab diorang cakap macam sakit gila2 . tapi lepas cuba rasa cam takde pape pun . gimik je semua tu . cuma masa diorang na mula cucuk tu rasa macam 'OMG' . tapi sakit kejap je . huhu .

Muka menahan sakit . i guess ..

14 Jun 2012

Catch Me When I Fall

Just a simple note . Regarding about my life right now . Feel so empty right now . Dah takde kawan yang bole aku nak ajak buat kerja gila . Setiap hari bangun buat benda yang sama . Even kawan2 aku pun kadang2 layan aku macam aku takde kat situ . Some bitch always try to steal my spotlight . Apa aku boleh buat cuma abaikan je benda tu . Sebab aku memang langsung tak kesah . Yeah , i dont care .

Tapi hidup aku sekarang , im hoping and waiting for someone crazy to enter my life right now . Ta kesah la lelaki ke perempuan . Aku na hidup lama aku balik . Kuar malam dengan kawan aku . Do some crazy stuff . Lepak tepi jalan tengok bintang sambil borak2 kosong . Tido tepi jalan . Dont ever judge me . I have fun doing that .

Is not that i dont have friends right now , tapi aku still rasa kosong . Seriously , i dont even have any bestfriend right now . Pernah ada , tapi aku rasa dya dah bosan dengan aku . I mean , how can i know bout his problem kalau dya sendiri ta bagitau ? Aku tau yang dya ada masalah . But c'mon , kadang2 ada masalah yang kita ta boleh na kongsi dengan orang lain . Macam masalah peribadi . So aku ta suka na bersedih atas masalah macam tu .

My family ? Dont make me even start bout them . Takde sapa dalam family aku kenal sapa aku . Aku pun malas na masuk campur hidup diorang sekarang . They got their own life . Dapat tawu diorang hepi sudah .

Akhir sekali , yep , im waiting for someone crazy to cheer me up . And i wanna travel around the world . Bye .

11 Mei 2012

Good Friend VS Best Friend

 P.S : This article is not mine . But its awesome ! :D

Good Friend-Hands you your shoe if it falls off.
Best Friend-Grabs your shoe and runs around the room with it,screaming "Ha, ha, loser!"

Good Friend-Helps you up if you fall down.
Best Friend-Will stand beside you laughing, because they pushed you over in the first place.

Good Friend-Will rush over right away to comfort you if your house burns down.
Best Friend-Will be roasting marshmallows over the coals and flirting with the firemen.

05 Mei 2012

Apakah Auto-like ?

Okkay , sekarang ni memang ramai dekat fb cakap pasal autolike . Tapi kebanyakannya yg cakap pasal benda ni adalah diorang yg tatau apa sebenarnya autolike tu . Diorang ingat yg autolike ni utk tambah bilangan like dekat status or gambar . Sebenarnya benda tu SALAH !


Macamana diorang boleh cakap camtu ? Satu , sebab jeles tengok kawan dya dapat banyak like , then mula na fitnah cakap guna autolike . Dua , diri sendiri terlalu malas na search pasal info sebenar pasal autolike . How stupid is that ? Bercakap tanpa sebarang fakta ? Bullsh*t .

Autolike sebenarnya adalah cara mudah utk kita like status2 yg muncul dekat news feed or bila kita bukak profile someone tanpa kita nak klik satu2 status tu . Faham ? Bila kita on ja fb , status yg ada dekat news feed tu automatik akan di-like-kan atas nama kita . Kalau kaki like yg selalu bom profile member mesti faham benda ni . Dengan adanya autolike , ta payah la kita nak scrol ke bawah sambil klik satu2 status . Aku tau , kaki bom ni selalunya bukan baca pun status tu , just klik like je .

Benda yg orang selalu cakap yg menambahkan like tu sememangnya ta wujud . At least buat masa sekarang ni . Masa depan nanti aku tatau la pulak . Ta percaya korang google la sendiri .

Aku pun pernah guna autolike ni untuk bom notification orang . Tapi sekarang ni dah kurang sebab aku suka baca status diorang . Kalau aku setuju or suka baru aku betul2 like . Kalau tak or terlalu panjang aku abaikan je .

Okay , lepas ni kalau sapa2 marah2 pasal autolike lagi , idk what to say anymore . Biarlah dya bodoh sorang2 . Bercakap tanpa maklumat . Utk diorang yg nak download autolike , klik sini .

Sekian , terima kasih . :x

17 April 2012

I Dont Care , But ..

Aku tawu , ramai yg selalu cakap yg diorang ta kesah , or ada aku kesah , or peduli apa aku , or apa2 je yg bermaksud macam tu . But the truth is , berapa ramai yg cakap n betul2 maksudkan macam tu ? Aku rasa ta ramai . Sebab bila kita mula cakap buruk pasal dya sikit , mula na marah . Mula na sedih . Mula na hilang keyakinan diri .

Aku sangat benci tgk orang yg cakap macam ni . Bila diorang cakap diorang ta kesah apa org na cakap , tapi cakap ta serupa bikin . Aku sendiri pun masih dalam proses na belajar benda ni , but aku akan bg tips utk korang betul2 ta amik peduli apa orang na cakap pasal kita .

Ke$ha taught me to not care what everyone else say , thats y i love her so much .

10 April 2012

Kisah Seorang Yang Gagal

Aku cemburu tgk kawan2 n sedara mara aku . Dapat penuhi impian diorg . Dapat jadi apa yg diorg nak . Dapat jadi anak yg boleh membanggakan parents . Walaupun aku tumpang gembira dgn kejayaan diorg , aku mengaku aku terluka .

Tengok diorang bahagia , aku pun boleh jadi gembira utk diorang . Tapi untuk aku ? Ada ke orang yg akan bahagia utk aku ? Sebab selama ni aku asyik gagal je . Everybody loves a winner so nobody loves me . Kawan utk have fun mmg ramai , tapi kawan yg dapat hulurkan tangan masa aku jatuh ? Setakat ni aku ta jumpa lagi .

Aku sekarang belajar dalam diploma farmasi . Dah 4 semestar dah . Aku sendiri sebenarnya takda minat langsung dalam bidang ni . Dulu aku pilih bidang ni hanyalah utk na impress ayah aku . Ayah aku seorang ahli farmasi . Aku cuba utk jadi anak yg dibanggakan . Aku pegang kata2 ayah aku , minat boleh ditanam semasa kita cuba mempelajarinya . Tapi aku gagal . Aku dah cuba utk tanam minat tapi aku dah ta boleh lagi . Maaf abah sebab buat abah kecewa sekali lagi .

Ramai orang cakap yg farmasi boleh jamin gaji tinggi . But the truth is aku langsung ta kisah pasal gaji . Aku ta kisah kalau hidup aku nanti ta senang . Apa yg aku na adalah kepuasan . Kepuasan bekerja . Bila kita dapat lakukan sesuatu dgn penuh minat , kita akan dapat kepuasan yg aku maksudkan walaupun kita gagal .

Music and writing is my passion . Tapi aku ta pernah berpeluang na bagitau parents aku . Sebab aku dah tawu apa jawapan yg diorang akan bagi . Diorang akan cakap benda tu mengarut , ta menjamin masa depan . Lagipun aku ta pernah berpeluang na kemukakan pendapat sendiri pasal hidup aku sendiri . Asyik ikut telunjuk diorang .

Nobody ever listen to me . Even my bestfriends , ta pernah na sokong minat aku . Walaupun aku dah cakap aku langsung takda minat dlm farmasi , tapi nasihat diorang tetap mcm ayah aku . Cakap kita boleh tanam minat bla3 ... Thats why aku ta anggap diorang sbg BESTFRIEND , diorang adalah GOODFRIEND . Ada banyak perbezaan antara dua tu .

Selama ni asyik aku je dengar diorang . Apa yg aku na diorang ta penah na amik perhatian , amik serius . I feel like im a clown for them . Maybe sesetengah kawan aku dengar , but dari lirikan mata diorang , sgt jelas nampak diorg memperlekehkan aku , suruh aku give up dgn impian aku . Langsung ta penah support . Apa yg diorang cakap , go on with pharmacy , something yg aku dah give up .

Yup , setiap hari aku bisikkan dalam hati aku . Aku datang utk menang . Setiap hari aku cuba tipu diri sendiri dgn ayat tu . Tapi aku dah ta boleh , sebab semua ni bukan impian aku . Aku dekat sini sgt2 na mintak maaf dkt kawan2 aku semua dan parents aku . Maaf , aku dah ta boleh teruskan . Hidup dalam penipuan . Aku tanak jadi seorang yg gagal di masa depan , ta dapat gapai impian sendiri .

Sekian . Terima kasih sudi meluangkan masa membaca kisah seorang yg gagal .

08 April 2012

Aku Faham Perasaan Kau ...

Tajuk yg agak kurang difahami . But itu je yg aku dpt fikirkan buat masa ni . Aku ta suka bila dengar ada orang cakap macam ni . Walaupun parent aku sendiri . I mean , na cakap yg diorang penah lalui benda yg sama , dapat rasa apa yg kita rasa . But please ! Takkan ada orang penah faham perasaan sebenar kita . Sebab diorang takkan penah boleh replace tempat kita .

Bila ada orang sedih , cara paling bodoh utk pujuk adalah dgn cakap macam tu . Masa orang tu tgah sedih , tunjuk la sikit rasa kesian kat dya , amik tawu pasal dya . Sebab dya yg tengah sedih , bukan org yg nak pujuk . Ni tetiba datang cakap dya penah rasa something like that , lepas tu cakap2 plak macam dya sgt hebat sebab dah boleh lalui benda tu . Hello , takde sapa tanya oke ! Sepatutnya org yg sedih tu la yg dapat perhatian , perlu ditanya pasal diri dya , bukannya tetiba na cerita pasal kisah hidup sendiri .

Such a bullshit ! Takkan ada sapa2 bole faham apa yg kita rasa . Macamana kita hidup . Apa perasaan jadi diri kita . Kemampuan kita dalam sesuatu perkara . Betapa yakinnya kita . Takda manusia yg sama dalam muka bumi ni walaupun kembar .

Point aku kat sini , aku cuma na cakap aku benci bila ada orang yg cakap kita sama dgn dya . Please , takda sapa na jadi sama dgn sapa2 . Kita unik dgn cara kita sendiri . Ta perlu na bandingkan kita dgn orang lain . Dan bila bercakap , sila jangan buat macam betul2 amik peduli . Sebab sebenarnya tidak !

Sekian .

17 Mac 2012

Kenapa Aku Tak Suka Budak2 ?

Kalau korang pernah baca status2 aku kat fb sebelum2 ni , maybe korang akan perasan kot yg aku penah cakap aku ta suka budak kecik , terutamanya budak2 yg nakal . Oke , sebenarnya aku bukan ta suka . Benci pun bukan . Pengakuan jujur , sebenarnya aku fobia dgn kanak2 . Bukan fobia yg teruk ea , cuma bila nampak kanak2 ja aku jantung aku akan berdegup kencang . Tangan aku akan menggeletar sikit . Aku akan hilang fokus .

Sebab ? Ada kisah masa aku umur 4-5 taun camtu la . Masa tu kira2 pukul 2-3 pagi . Aku pegi tgk tv sorang2 . Bukak2 tv korang tau keluar cerita apa ? CHARLIE CHAPLIN / CC ! ( Yup , aku jugak takut dgn CC ) Apa kaitan CC plak dgn budak2 kan ? Kalau korang na tgk rupa CC , search sendiri ea , sbb aku tanak tgk !

Well , CC kan pendek ala2 budak2 sikit . So malam tu aku tgk CC yg pendek , bergerak2 macam orang cacat , dgn misai seketul tu , dgn gambar hitam putih lagi membuatkan bulu roma aku meremang tiba2 . Terus apa yg aku tgk malam tu ingat sampai sekarang . Aku sendiri tak tawu knp aku boleh rasa seram dgn tgk benda tu . Malam tu aku tgk cerita tu ta berjegil mata , bukan sebab best ke apa , tapi aku ta boleh bergerak secara tiba2 . Kira macam aku paralyzed seketika . Sampai la mak aku kot datang tutup tv suruh masuk tido balik .

Aku ta bole tido malam tu . Aku asyik tengok tingkap je . Sebab dlm tv masa tu ada scene CC masuk ikut tingkap . Then bila aku tertido , aku termimpi pulak CC dtg dekat aku , cuba cekik aku . Then dya cuba na hempapkan batu besar atas aku . Masa tu aku budak2 lagi kot , mmg aku takut gila !

So punca aku takut dgn budak2 dtg dari CC . Salahkan dya ! :p . But sekarang ni aku rasa aku dah boleh lawan sikit perasaan takut tu . But still ada lagi , member2 aku yg rapat tawu apa reaksi aku kalau ada budak kecik berdekatan aku . Haha .

Oke la , harap korang ta pikir yg bukan2 sebab aku ta suka budak2 . Aku just trauma ! One day aku akan ada anak jugak kan , so aku akan usahakan kikis perasaan takut tu . Thx for reading . Adios .

Ingat na letak pic aku masa kecik , tapi malas pulak na selongkar album lama . So aku letak muka 'marah' supaya budak2 takut dgn aku . lolololol

03 Mac 2012

Pelikkah Zaman Kanak2 Aku ?

Aku sendiri pun tatau camna na describe perangai aku masa kecik2 dulu . I was like , betul ke aku penah buat semua ni ? Bila pikir balik , kadang2 aku sendiri pun rasa aku ni pelik . But as a kid , sometimes kita sendiri tatau apa yg kita buat tu betul ke tak , kan ? :p


29 Februari 2012

1st Time Buat Ubat Sendiri !

Err tajuk yg agak gedik . Plus maybe someone akan cakap nobody care . Since this is my blog , so i can post anything i want oke ? Hehe .

Balik pada tajuk utama tu , setelah 3 sem bergelar pelajar farmasi , utk sem ke 4 ni , hari ni merupakan kali pertamanya aku mula belajar buat ubat . Kami buat Paracetamol Suspension . Kalau korang na tau apa benda tu , ni la bentuk sebenar ubat tu :



Gambar tu lepas dikilangkan + dipasarkan , so aku buat isi dalam je , bukan sekali dgn botol ni semua sekali gus . Gambar sekadar menunjukkan ubat apa yg aku buat je :p

20 Februari 2012

My Parent Is My School Teacher ?!

Korang paham ta apa yang aku maksudkan kat atas tu ? Aku sendiri pun dah buntu na cari idea na tulis tajuk apa . Apa yg aku maksudkan , korang penah ta bersekolah dekat sekolah yg parent korang jadi cikgu kat situ ? Lagi2 parent korang plak yg mengajar korang . Oke , masa sekolah rendah or tadika memang la rasa suka kan . Tapi bila da sekolah menengah ? Err ..

Oke , aku tulis macam ni bukan bermaksud benda ni berlaku kat aku . Mak aku bukan cikgu oke . Pernah jadi cikgu , tapi tu duluuuuuuuuuuuuu . Aku terpikir jugak apa perasaan diorang kalau mama or papa diorg yg jadi cikgu kelas diorang . So teruskan membaca ..

Mama birdy ! XD

02 Februari 2012

Mereka Yang Perlu Dielakkan Dalam Pawagam

Sejak dua menjak aku cuti sem ni , aku asyik gi tengok wayang je . So masa kat dalam pawagam tu aku jumpa banyak sgt penonton yg annoying . Act bukan baru2 ni je , sejak dari aku mula masuk pawagam lagi dah jumpa mereka2 ni . Super Duper Annoying !


18 Januari 2012

Some Joke In Exam Mood

Memandangkan aku tinggal lagi satu paper Khamis ni , yang bakal menamatkan sem 3 aku , aku na share sikit some joke yang berkaitan dgn exam . Bagi mereka2 yg exam jugak , boleh la tenangkan fikiran sikit ea . HEHE .








For more pics click :
- We Love Trolling Maximum Style
- 9GAG

15 Januari 2012

Cara Aku Minum Coke

Walaupun ramai org cakap coke ni macam harpix , boleh merosakkan usus kita , bla3 tapi aku ttp suka minum . As long as ta haram , apa salahnya kan . Actually bukan just minum macam tu je tao . Maybe sesetengah orang akan anggap its disgusting or w'ever , tapi bagi aku memang sedap ! Teruskan membaca .


06 Januari 2012

The Best Of Ke$ha's Unreleased Track

Seperti yg korang tawu , aku ni minat giler dgn Ke$ha . Idk why , tapi shes so COOL ! Tapi sekarang ni kan , dya da macam senyap sikit dah sebab tgah kumpul material utk album baru . Album baru dya akan out paling lewat Mei 2011 ! So sexcited !

So sementara na tggu album baru dya kuar , apa kata korang dengar dulu lagu2 Ke$ha yg ta di-release or terkandung dlm album dya . Kalau na diikutkan mmg banyak gila lagu Ke$ha yg ta di-release . Boleh dikatakan sehari K$ cipta dalam dua buah lagu kot . Haha ! Tapi kat sini aku senaraikan 10 yang paling cool n catchy <3 ! Here we go ! ( Klik pada tajuk lagu utk download )

Love this unicorn-licking scene from Blow !

Adakah Aku Terlewat ?

Sebenarnya aku tatau sekarang ni aku dah terlewat atau tidak . Mak ai , skemanya ayat . Actually aku sekarang dalam dilema sama ada na buat benda ni ke ta . Memandangkan dah lepas beberapa hari kan , aku rasa macam kurang sesuai je na sebut benda ni .

Urmmmmm .. oke la , malas na pikir panjang . Walaupun memang da terlewat , still aku na ucapkan :

HAPPY NEW YEAR 2012 !

Firework dekat Queensbay , Penang

Oke , semoga korang tanamkan azam baru yg bernas utk tahun baru ni . N pastikan tunaikan ea :p . 
Adios ~