17 Disember 2010

Kenapa Aku Marah?!

Aku tak paksa kalau korang nak follow blog aku. Tapi kalau korang rasa berminat apa salahnya tol x?
Hahaha~  Dan kalau boleh klik la sama kat iklan nuffnang,baru la aku boleh ada semangat nak update blog selalu~
Anyway,kat sini aku nak tulis pasal situasi2 yang pernah berlaku kat aku yang sememangnya membuatkan aku panas + nak mencarut! Aku pasti korang pun sama gak! Tapi entri aku ni bersih tanpa sebarang carutan,huhu~





1 - Situasi di dalam panggung wayang
Seat depan aku,seorang ibu yang bawak anak kecik dia yang sememangnya tak reti nak duduk diam. Yang anak tu banyak tanya , yang si ibu ni pulak lepas habis je satu babak dia pegi ulas balik babak tadi kat anak dia. TAK KE MENGGANGGU TU?!

Seat belakang aku,beberapa anak muda yang bawak masuk makanan yang bila dikunyah mengeluarkan bunyi "crunch-crunch..."  GRRRR.. TAK BOLEH KE KUNYAH SENYAP2??!!!

Seat tepi aku,seorang perempuan yang dah tengok movie tu tapi datang sekali lagi bersama teman2nya yang belum tengok lagi movie tu sambil menceritakan babak yang bakal berlaku seterusnya. 'THANKS' FOR THE SPOILER,BITCH!!!


2- Situasi bila tengah beratur kat pasaraya
Depan aku,sebuah keluarga yang ahlinya hampir sedozen membeli penuh dua troli dengan makanan. Then bila nak bayar ada lagi barang terlupa nak ambil dan membuatkan kita tunggu dengan lebih lama lagi. KALAU DAH LUPA TU,NEXT TIME JELAH DATANG LAGI!!!

Belakang aku,sekumpulan anak gadis yang mulutnya kepoh bergosip tentang hal ehwal duniawi mereka sendiri sambil mengeluarkan kata2 kesat. WEI,POMPUAN APA NI MENCARUT2 PLAK??

Tepi aku,seorang pakcik tua yang dah hampir nazak,tunggu simpati nak potong line. Lepas aku bagi,langsung tak senyum mahupun berterima kasih. Malah mulut terus komplen pasal orang terlalu ramai. P.CIK,KALAU SAYA TAU P.CIK CAMNI TADI,JANGAN HARAP SAYA NAK BAGI P.CIK POTONG TADI! & KALAU RAMAI SANGAT NEXT TIME P.CIK PEGI JE KEDAI RUNCIT!!!

3- Situasi di dalam bas
Baru naik bas,tengok2 takde seat kosong. So berdiri sambil pegang tiang.
Orang depan,mak aih! Ketiak bau ala2 taik burung! Dengan bas yang bergoyang2 lagi membuatkan kita kadang2 tercium ketiaknya dengan lebih dekat! TAK PAKAI DEODORAN KE TAK MANDI NIH?!

Orang belakang,seorang makcik yang baru balik dari pasar membawa pelbagai jenis sayur2an dan pelbagai barang yang boleh didapati di pasar sambil meletakkan barang2nya di atas lantai bas. Keadaan bas yang bergoyang2 kadang2 membuatkan kita terpijak barang2 tersebut dan membuatkan kita dimarahi m.cik tersebut. M.CIK OH M.CIK..KALAU DAH BELI BANYAK CAMNI,NEXT TIME NAIK LA TEKSI!!

Orang tepi,dua orang kanak2 sekolah yang riang gembira mengusik antara satu sama lain hingga kadang2 terkena diri kita sendiri. WEI BUDAK,NAK MAIN BALIK MAIN KAT RUMAH LA!!

Bila dah dapat tempat duduk..
Masuk seorang m.cik tua. Aku yang baik hati ni pun bangun la bagi tempat duduk kat dia. Malangnya dia tolak membuatkan aku jadi malu. Lebih malu lagi bila seorang remaja lelaki yang duduk. M.CIK NI!!! BILA ORANG BAGI SEAT TAK NAK DUDUK!!! ARGGHH!!!

4- Situasi bila memandu
Sampai di simpang 3,nampak kereta datang dari arah kiri secara slow tanpa memberikan signal membuatkan kita pikir dia tak nak belok. Kita yang telah lama menunggu dengan sabar sepenuh iman akan jadi marah apabila secara tiba2 dia membelok. TAK RETI NAK BAGI SIGNAL KA HAH??!!!! DAH LA BAWAK SLOW NAK MATI!!

Sedang kita memandu di jalan raya dengan laju,tiba2 terjadi lambat gara2 sebuah kereta yang berada di line sebelah kanan memandu secara perlahan. KALAU BAWAK SLOW MASUK KIRI LA KAK OI!!!

5- Situasi berkaitan muzik
Aku sedang mendengar lagu Evanescence,tiba2 datang seseorang yang mengkritik suara dan lirik Amy Lee dengan mengatakan aku mendengar lagu ntah apa2. Padahal dia dengar lagu2 Lady GaGa. Amy Lee & GaGa? How can U compare the angel's voice with the tranny ?!!! WAY TOO DIFFERENT!

TAMAT

Kesimpulan,setiap situasi yang membuatkan kita marah hendaklah kita atasinya dengan sifat sabar. Ahaks~! Ending poyo giler!

7 ulasan:

  1. best,,....

    BalasPadam
  2. KK - Tq2,hak3~

    K.shazwan - dah sabar la tu,kalau tak dah lama kuar carutan,huhu

    BalasPadam
  3. cik rubyz - dolu2 la,masa time skola2 dulu noh.

    BalasPadam
  4. kalo dapat.,.maki jew org tu dpan2.,.=D

    BalasPadam